Misi khas kali ke-2 JAKOA dengan kerjasama JBPM (Unit Udara) melibatkan 2 unit helikopter AW189 dan AW139

27 januari 2021.
 
Misi khas kali ke-2 JAKOA dengan kerjasama JBPM (Unit Udara) melibatkan 2 unit helikopter AW189 dan AW139 telah berjaya menghantar bantuan Bakul Makanan JAKOA kepada Masyarakat Orang Asli yang terputus jalan perhubungan di Pos Bihai melibatkan 223 set dan Pos Belatim 37 set.
 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada JBPM (Unit Udara), YB Mohd Shahbuddin Hashim (Adun Galas) serta keseluruhan kru dan urusetia yang terlibat dalam menjayakan misi ini.
Operasi kali ini bermula 27-28 januari 2021 meliputi kawasan penghantaran Pos Bihai, Pos Belatim dan Pos Simpor yang melibatkan 527 set bantuan bakul makanan JAKOA.
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
 
Kemaskini Terakhir : 27 / 02 / 2021 12:00 AM