Misi menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir

Hari ini saya bersama pihak JAKOA, Majlis Agama Islam Kelantan dan KESEDAR berlepas ke Pos Gob dan POS Simpor, Gua Musang, dalam misi menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir.
 
Sumbangan bakul makanan ini diserahkan kepada 334 buah keluarga yang melibatkan sebanyak 12 kampung Masyarakat Orang Asli.
 
Saya juga ingin mengingatkan semua supaya sentiasa peka dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai sekiranya hujan lebat dan paras air naik, supaya segera berpindah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:25 AM