Misi penghantaran dan penyerahan bantuan Bakul Makanan JAKOA kepada mangsa-mangsa banjir Daerah Gua Musang

06 Januari 2021 – En. Shafie bin Abas, Pengarah JAKOA Negeri Kelantan bersama-sama agensi kerajaan terlibat bagi misi penghantaran dan penyerahan bantuan Bakul Makanan JAKOA kepada mangsa-mangsa banjir masyarakat Orang Asli yang terputus hubungan di Daerah Gua Musang telah berjaya dihantar kepada KOA Aring 5 yang melibatkan 76 Kir.
 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Paloh, BOMBA, APM, FELDA serta barisan urusetia serta semua agensi-agensi yang terlibat dan penduduk kampung di atas kerjasama yang diberikan.
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
 
Kemaskini Terakhir : 6 / 02 / 2021 12:00 AM