Misi penghantaran dan penyerahan bantuan Bakul Makanan JAKOA kepada mangsa-mangsa banjir Daerah Kluang dan Mersing

07 JANUARI 2021 – JAKOA Negeri Johor masih meneruskan misi penghantaran dan penyerahan bantuan Bakul Makanan JAKOA kepada mangsa-mangsa banjir masyarakat Orang Asli yang terputus hubungan di Daerah Kluang dan Mersing pada hari ini. Kampung yang terlibat adalah KOA Peta, KOA Punan, KOA Tewowoh, KOA Sedohok, KOA Air Pasir, KOA Kuala Sengka dan KOA Sri Kenangan.
 
Terima kasih kepada pihak yang memaklumkan akan keadaan keselamatan pegawai kami dan urusetia yang terkandas di KOA Peta semasa proses penghantaran bantuan dilakukan. Walaupun terdapat sedikit masalah yang dihadapi, pihak kami tetap cuba sedaya upaya untuk memastikan semua bantuan sampai kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.
 
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Pejabat Daerah Mersing & Pejabat Daerah Kluang, APM, Bomba, JKM, PDRM, JPAM, JPS, barisan urusetia serta semua agensi-agensi yang terlibat dan penduduk kampung di atas kerjasama yang diberikan.
 
Jumlah bakul makanan yang diagihkan bagi setiap KOA adalah seperti berikut :-
 
KOA Peta, Mersing – 96 KIR
KOA Punan, Mersing – 79 KIR
KOA Tewowoh, Mersing -20 KIR
KOA Sedohok, Kluang – 52 KIR
KOA Kuala Sengka, Kluang – 25 KIR
KOA Air Pasir, Kluang – 46 KIR
KOA Sri Kenangan, Kluang – 22 KIR
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kluang, Johor
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Kplb Johor

 
Kemaskini Terakhir : 10 / 02 / 2021 12:00 AM