Orang Asli digalak sertai bidang ternakan

BERA – Kerajaan akan terus membantu masyarakat Orang Asli dalam usaha meningkatkan pendapatan golongan terbabit melalui program pembangunan keusahawanan.
 
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun, berkata Orang Asli diberi peluang menceburi pelbagai sektor perniagaan yang sesuai minat mereka.
 
Antara perniagaan yang boleh diceburi Orang Asli ialah bidang ternakan yang mampu memberi pendapatan lumayan.
 
“Saya berharap masyarakat Orang Asli dapat merebut peluang yang disediakan kerajaan,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kepimpinan Orang Asli Daerah Bera dan Penyerahan Projek Kolam Ternakan Belut Komersial membabit tiga peserta di Kampung Orang Asli Chuat, hari ini.
 
Kemaskini Terakhir : 14 / 12 / 2021 08:35 PM