Orang Asli lebih selesa menumpang rumah saudara

KUANTAN: Lebih lima ratus keluarga Orang Asli pindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) manakala sekurang-kurangnya 62 kampung Orang Asli ditenggelami banjir dengan ada antaranya terputus hubungan.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, Johari Alwi berkata, jumlah mangsa banjir di kalangan Orang Asli sebenarnya ramai tetapi mereka tidak berminat untuk berpindah.

Katanya, mereka lebih selesa menumpang rumah saudara di samping mendiami khemah di kawasan berbukit walaupun tanpa kemudahan.

“Setiap ketua keluarga Orang Asli yang berpindah ke PPS seperti balai raya dan sekolah menerima bantuan bakul makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya, di sini hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD

Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:44 AM