Orang Asli Pahang Berani Sahut Cabaran Imunisasi Covid-19

ORANG ASLI PAHANG BERANI SAHUT CABARAN IMUNISASI COVID 19.
 
16 MAR 2021(Selasa) – Bagi permulaan penerimaan vaksin, melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menyediakan kuota penerima vaksin untuk Masyarakat Orang Asli sebanyak 50 penerima bagi suntikan pertama. Hasil mesyuarat bersama pihak jabatan telah mensasarkan suntikan pertama kepada pemimpin Kampung seperti Ybrt Batin, JPKKOA, PePIMA dan ahli Sukarelawan JPVT. Setelah membuat cabutan nama mendapati ada sesetengah daerah masih tidak bersetuju untuk menerima vaksin.
 
Oleh itu, pihak jabatan telah mengambil langkah pertama dengan menganjurkan kempen “Orang Asli Pahang Sokong Imunisasi Covid-19 (OAPSIC-19)” bagi mengalakkan dan menyakinkan Masyarakat Orang Asli mengambil Vaksin Covid-19. Terkini, masyarakat Orang Asli yang terdiri dari Batin dan JPKKOA telah mengambil suntikan pertama di Klinik Kesihatan Koyan, Lipis.
 
Kempen Orang Asli Pahang Sokong Imunisasi Covid 19 (OAPSIC19)
 
JAKOA PAHANG
KE ARAH JABATAN BERINTEGRITI DAN BERINOVASI
 
Kemaskini Terakhir : 17 / 04 / 2021 12:00 AM