Orang Asli Sedia Hadapi Fasa Endemik

MERSING – Masyarakat orang asli di daerah ini telah bersedia untuk menghadapi fasa endemik tetapi mahu pemberian maklumat secara berkala diteruskan oleh kerajaan termasuk menerusi platform dalam talian.
 
Enggan ketinggalan dalam menerima maklumat, Tok Batin Kampung Punan, Acai Kadir berkata, kerajaan perlu sentiasa memastikan orang asli diberi maklumat apatah lagi dalam menghadapi fasa endemik ini.
 
Katanya, transformasi pemberian maklumat oleh agensi-agensi yang terlibat perlulah seiring dengan perkembangan semasa memandangkan masyarakat Orang Asli walaupun duduk di kawasan pedalaman, majoriti mereka sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam negara.
 
Ini menurutnya bagi mengelakkan kekeliruan maklumat atau gangguan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Acai sambil menambah sebahagian maklumat kini disalurkan menerusi aplikasi WhatsApp serta program outreach.
 
Sumber: Sinar Harian
Kemaskini Terakhir : 1 / 10 / 2021 09:12 AM