Sukan

Orang Asli di Malaysia kini semakin cemerlang apabila melakar kejayaan berterusan dalam bidang akademik dan juga sukan. Bakat dan usaha masyarakat ini seharusnya diraikan bersama kerana mereka juga layak untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Kerajaan juga menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terus membantu memperkasakan taraf pembangunan kehidupan, pendidikan dan sosio ekonomi mereka. Antara Orang Asli yang menyinar adalah seperti berikut:-

Nia Vanessa Suhana
 
Dari Tukang Bawa Air, Gadis Orang Asli Jadi Atlet Sukan Basikal Lasak Negara.

Seorang gadis Orang Asli dari Pahang membuktikan tiada yang mustahil dalam sukan selagi kesungguhan dan bekerja keras dalam mengejar impian. Menurut Nia Vanessa Suhana, 23, kariernya sebagai atlet sukan berbasikal lasak bermula apabila dia kerap kali menemani rakan baiknya, Siti Natasha ke sesi latihan berbasikal pada hujung minggu. Nia tidak pernah meramal dia akan menjadi atlet sukan basikal lasak kerana kariernya bermula sebagai atlet sukan berkanu atau berdayung. Ketika menemani Siti Natasha berlatih, biasanya Nia akan berada di tepi trek bertugas sebagai tukang bawa air. Akhirnya, jurulatih Siti Natasha mengajak Nia untuk menyertai rakannya itu berlatih. Begitulah kisah bagaimana gadis ini memulakan karier dalam sukan berbasikal lasak – di mana kelajuan dan ketahanan tubuh adalah kriteria utama yang diperlukan. Ketika itu, kata Nia, dia masih berusia 15 tahun dan bersekolah asrama di Kuantan. Dia menyifatkan kesungguhan jurulatihnya menjadi pendorong utama dalam menceburi sukan tersebut. Tanpa sedar, jiwanya mulai dekat dengan sukan basikal enduro dan ketika usia menjangkau ke 17 tahun, dia sudah mulai aktif menyertai pertandingan di dalam dan luar negara. Sehingga kini, Nia merupakan pelapis utama atlet kebangsaan yang akan mewakili negara dalam sukan tersebut. Terbaru, Nia mendapat tempat pertama dalam pertandingan Enduro Bukit 300 Challenge 2022 di Perak bagi kategori terbuka wanita. Di peringkat antarabangsa, Nia pernah menyertai pertandingan di Manila, Filipina, Thailand dan Indonesia dengan kedudukan tiga teratas dalam setiap pertandingan yang disertai. Nia ialah anak sulung daripada empat beradik, ibunya dari Orang Asli suku Temuan dan ayahnya pula dari suku Semelai. Kini, Nia berada di semester akhir dalam kursus pendidikan Sains Sukan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

The Botaks

The Botaks Raih Anugerah Khas Anugerah Sukan Negara 2019/2020

Pasukan Bolasepak SK Lemoi baru-baru ini telah menerima Anugerah Khas Anugerah Sukan Negara 2019/2020 daripada Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu di sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur. Anugerah yang diterima merupakan anugerah kepada individu atau badan yang bukan dalam arus perdana tetapi mempamerkan kesungguhan dan komitmen di luar kebiasaan dan kemampuan dalam menghasilkan sesuatu prestasi yang membanggakan. Untuk makluman, pasukan bolasepak SK Lemoi ataupun The Botaks adalah juara bagi Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Cameron Highlands bagi tahun 2018 & 2019. Selain itu, buat julung kalinya majlis penganugerahan ini telah diadakan secara bersekali bagi tahun 2019/2020 oleh kerana pandemik yang melanda sebelum ini.
Zumika Azmi dan Sasha Azmi

Zumika Azmi dan Sasha Azmi
 
Zumika Azmi, 19 dan Sasha Azmi,17 yang berasal dari suku kaum Temiar dan berasal dari Gua Musang Kelantan ini aktif bersukan sejak dari sekolah lagi sehingga berjaya mewakili Malaysia dalam sukan kriket. Kedua-adik beradik yang merupakan pemain skuad negara kini menjalani latihan bersama jurulatih Thushara Prabath Kodikara sejak bulan Ogos 2020. Zumika dan Sasha Azmi yang berasal dari perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang, Kelantan ini membantu skuad kriket negara meraih pingat gangsa acara T20 Sukan SEA.
Norashikin Mohamad Sayed

Norashikin Mohamad Sayed

Gadis ini merupakan anak orang asli pertama yang mewakili negara dalam Sukan Layar. Norashikin mula menunjukkan bakatnya dalam bidang sukan layar bermula dengan berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang. Dia juga merupakan graduan UITM Perlis dalam jurusan Diploma Sains Sukan. Pencapaiannya juga sangat memberangsangkan apabila dia memperoleh pingat emas Kejohanan Kapal Layar Asia di China 2010, pingat perak Sukan Asia China 2010, pingat gangsa Sukan SEA Myanmar 2012, pingat emas Sukan SEA Singapura 2015 dan pingat perak Sukan SEA KL 2017.

Muhammad Nasri bin Mamat A.K.A LimakJimar

Muhammad Nasri bin Mamat a.k.a Limakjimar (jersi Barcelona) dan sahabatnya Zaidi Bin Rashid akhirnya temui platform terbaik untuk menggilap bakat mereka dalam dunia bola sepak apabila dilamar persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk mencuba nasib dalam pemilihan pemain skuad Piala Presiden Kelantan. Galakan dan sokongan yang telah diberikan oleh KAFA ini mampu menyuntik semangat dan keyakinan yang cukup tinggi buat anak-anak muda dari masyarakat orang asli di negeri Kelantan untuk keluar dan mencari platform terbaik bagi mengetengahkan dan menggilap lagi bakat mereka dalam sukan bolasepak.

Haizil Azri Bin Hadi

Haizil Azri Bin Hadi

Beliau berasal dari Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Banting, Selangor. Beliau menceburkan diri dalam sukan permotoran pada tahun 2013, ketika berumur 11 tahun. Mengikut jejak langkah ayah dan abang beliau, Azrul Affendi, beliau telah melibatkan diri dalam perlumbaan Kayo MiniGP Malaysia (2014) dan telah mendapat tempat ke-5 dalam perlumbaan tersebut. Beliau telah mencapai banyak kajayaan yang membanggakan sepanjang penglibatan dalam sukan permotoran. Beliau sentiasa mendapat kedudukan tempat yang membanggakan. Beliau juga menyertai Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing Team.

Azrul Affendi Bin Hadi

Azrul Affendi Bin Hadi

Merupakan orang asli pertama yang menyertai dan melibatkan diri dalam sukan permotoran. Beliau mula berminat dengan sukan permotoran sejak kecil lagi dan mula menjinakkan diri dalam sukan ini pada tahun 2012. Minat beliau ini berkembang pada tahun 2013 apabila beliau terlibat dalam perlumbaan motor Petronas CubPrix. Beliau telah mencapai beberapa pencapaian yang membanggakan sepanjang penyertaan dalam sukan permotoran ini. Beliau sentiasa mendapat kedudukan tempat yang terbaik. Beliau juga telah berjaya mencatat empat kemenangan podium pada perlumbaan juara Pro-Am 2015 dan sehingga kini masih menyertai perlumbaan Malaysian CubPrix. Pada tahun ini, beliau merupakan anak orang asli pertama yang menyertai perlumbaan Asia Road Racing Championship 2019, yang turut disertai oleh peserta dari Jepun dan Australia.

J.Murni bin Mohamad

J.Murni bin Mohamad

Beliau dari suku kaum Semelai yang berasal dari Kampung Orang Asli Bukit Rok, Tasek Bera Negeri Pahang. Beliau mewakili Negara dalam acara sukan berkayak.- SUKMA Pahang pada tahun 1996 (pingat gangsa), Sukan SEA Jakarta pada tahun 1997 (pingat gangsa), World Wild Water, Telom Decent (pingat emas), South East Asia Champ, Yanggon Myamar (1 pingat perak & 2 pingat gangsa), dan International Sedim Wild Water pada tahun 1998 (pingat emas). Beliau telah menceburi bidang kejurulatihan dan pernah menjadi jurulatih Malaysia pada tahun 1999 sehingga 2000, jurulatih bagi pasukan SUKMA Pulau Pinang pada tahun 2000 (2 perak dan 1 gangsa), jurulatih bagi negeri Terengganu pada tahun 2008, jurulatih bagi negeri Melaka untuk SUKMA pada tahun 2010 (3 pingat gangsa). Pada tahun 2011, beliau memimpin Kuala Lumpur dalam SUKMA dan memperolehi 6 pingat perak, dan jurulatih bagi negeri Perlis pada tahun 2014 (1 emas, 6 perak dan 3 gangsa) .

asli2

asli4

asli6