PDRM masih perlu kepakaran eksklusif PGA Senoi Praaq

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan khidmat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq yang mempunyai kepakaran eksklusif di hutan belantara.
 
Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata khidmat mereka digunakan bagi tugas-tugas lain yang melibatkan operasi di hutan seperti mencari dan menyelamat serta memburu penjenayah di dalam hutan.
 
“Selaku pasukan mempunyai kemahiran di hutan, pasukan ini ditugas untuk membanteras segala bentuk aktiviti pemburuan haram, penyeludupan dan jenayah hidupan liar di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) bersama-sama agensi penguatkuasaan lain di hutan-hutan simpan Semenanjung Malaysia seperti Op Bersepadu Khazanah.”
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 10:35 AM