Pelajar Orang Asli Lapor Diri Ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh Bagi Sesi 1/2022

Ipoh – Empat pelajar Orang Asli (tiga dari Perak dan satu dari Pahang) telah mendaftarkan diri untuk menyambung pengajian di ILP Ipoh bagi Sesi 1/2022.
Mereka terdiri daripada suku kaum Semai, Temiar dan Jahut.
 
Kursus-kursus yang diambil adalah SKM Tahap 3 – Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara dan SKM Tahap 3 – Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas).
 
Semoga terus berjaya diucapkan kepada semua.
 
 
Kemaskini Terakhir : 23 / 03 / 2022 12:00 AM