PELAJAR ORANG ASLI PEMENANG HADIAH PINGAT EMAS USM SARJANA MUDA SASTERA (KEPUJIAN) TAHUN 2023

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada adik Vaniesha William-Hunt, ibu Jue Abn serta ahli keluarga beliau di atas kejayaan memperolehi Hadiah Pingat Emas Universiti Sains Malaysia bagi pencapaian pelajar Tahun Akhir Terbaik Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam upacara Konvokesyen ke 61 USM tahun 2023, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
 
Beliau merupakan pelajar Orang Asli dari Suku kaum Semai, Perak.
Semoga kejayaan adik ini akan terus memberi inspirasi kepada anak-anak muda khususnya masyarakat Orang Kita untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan dan juga segala bidang yang diceburi.
 
Terbaik!
Orang kita hebat.
Tuhan berkati kita semua.
 
Kemaskini Terakhir : 18 / 12 / 2023 05:44 PM