Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) KOA Kolam Air Bangkong, Sepang

SEPANG, 22 Mei – JAKOA Daerah Sepang telah mengadakan pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong yang baru bagi tempoh dua (2) tahun.
 
Proses pelantikan JPKKOA yang baru telah dihadiri dan dipantau oleh Pegawai JAKOA Daerah Sepang (PKOAD), Unit PMK JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan dan juga Batin Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong iaitu En. Ongin A/L Chinak .
 
Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baru JPKKOA Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong.
 
Semoga dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang.
 
Sumber: JAKOA Daerah Sepang
 
Last Updated : 24 / 07 / 2022 11:54 PM