Pemakluman Penutupan Sementara Operasi Pejabat JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

 

Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PEJABAT JAKOA NEGERI SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN

Dengan hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Untuk makluman tuan/puan, jabatan ini telah menerima notis/memo daripada pihak pengurusan bangunan (MBI, Menteri Besar Incorporated) bertarikh 20 Mei 2021 (Seperti dilampiran) adalah berkaitan.

3.    Bangunan Darul Ehsan, Seksyen 14, Shah Alam Selangor akan ditutup sementara mulai 22 Mei 2021 (Sabtu) sehingga 30 Mei 2021 (Ahad) sebagai usaha membendung dan juga mengelakkan penularan kes positif covid-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini terutamanya di Negeri Selangor. Pihak pengurusan bangunan telah mengambil langkah untuk menutup operasi Bangunan Darul Ehsan dalam tempoh tersebut. 

4.     Justeru  itu, Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan yang terletak di Aras 22, Bangunan Darul Ehsan, Seksyen 14, Shah Alam Selangor akur dan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan bangunan (MBI, Menteri Besar Incorporated). 

5.     Pejabat JAKOA Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan akan beroperasi seperti biasa pada 31 Mei 2021 (Isnin). Semua kakitangan yang bertugas di pejabat ini diarahkan Bekerja dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan pejabat JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Manakala semua Pejabat JAKOA Daerah adalah beroperasi seperti biasa. Sebarang pertanyaan tuan /puan boleh menghubungi talian Unit Komunikasi Korporat 019-3990401 atau emelkan kepada jakoaselangor@gmail.com

Kemaskini Terakhir : 21 / 05 / 2021 03:32 AM