Pemantauan Pusat Pemberian Vaksin Covid19 kepada MOA Pos Pantos & RPS Betau

Pemantauan Pusat Pemberian Vaksin Covid 19 kepada MOA Pos Pantos dan RPS Betau.
 
18 Jun 2021 – Dalam tempoh sehari, seramai 90 Orang Asli di Pos Pantos dan 35 Orang Asli RPS Betau telah berjaya mendapatkan suntikan vaksin. 
 
Program Outreach Vaksinasi Covid19 yang berlangsung selama 3 hari tersebut telah berjaya menyumbang peningkatan jumlah angka penerimaan vaksin kepada seramai 1142 OA di Pahang.
 
Ucapan penghargaan kepada staf JAKOA Lipis, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan Betau yang diwakili Dr. Hafizu Nazrin, dan Dr. Aliff Izwan, Dr. Rafidah, Pakar Perubatan Keluarga dari KK Koyan, Pegawai Daerah Lipis, Pejabat Dun Jelai, Pejabat Parlimen Lipis dan Cameron Highlands, Ybrt Batin & JPKKOA dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
 
Turut hadir membuat pemantauan bersama Pengarah JAKOA Pahang En. Johari Alwi dan YH Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah dari Unit Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.
 
Daftar vaksin✅
Demi kesejahteraan bersama.
 
Kemaskini Terakhir : 19 / 06 / 2021 12:55 PM