Pemasangan dekoder MyTV hasil sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat memastikan masyarakat luar bandar terutama Orang Asli tidak ketinggalan dari aspek pendidikan. Para pelajar dapat mengikuti rancangan TV pendidikan yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia atau DidikTV KPM yang akan bersiaran selama 17 jam bermula pada Rabu ini, 17 Februari 2021.
Langkah pemasangan MyTV ini adalah untuk membantu komuniti Orang Asli yang berdepan cabaran dalam PdPR termasuk kekurangan akses internet dan alat elektronik seperti tablet, telefon bimbit dan komputer.
KPLB sememangnya cakna dengan keperluan PdPR masyarakat luar bandar dan akan terus bekerjasama dengan semua kementerian yang terlibat.