Pengenalan
Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan bertanggungjawab dalam menguruskan pelbagai aktiviti yang melibatkan kemajuan pendidikan Orang Asli, program Pembangunan Modal Insan Orang Asli, Program Peningkatan Latihan dan Kemahiran Orang Asli, serta menyediakan bantuan kebajikan perubatan kepada masyarakat Orang Asli melalui kerjasama dua hala dengan agensi luar yang berkepentingan. Bahagian ini terdiri daripada dua (2) seksyen utama iaitu Seksyen Modal Insan dan Seksyen Latihan dan Kebajikan Orang Asli.
Seksyen Modal Insan (SMI) berperanan membuka peluang dan memajukan tahap pendidikan anak-anak Orang Asli bermula dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi sama ada di dalam mahupun di luar negara. Disamping itu, Seksyen Modal Insan turut memainkan peranan dalam memupuk kesedaran tentang kepentingan pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli bermula dengan pendidikan non-formal dan seterusnya memperkasakan Institusi Sosial Orang Asli iaitu Institusi Tok Batin dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA).
Manakala Seksyen Latihan dan Kebajikan (SLK) pula berperanan dalam usaha meningkatkan pembangunan minda, meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan nilai-nilai positif di dalam diri dengan cara memberi pendedahan kepada masyarakat Orang Asli melalui kursus-kursus, latihan kemahiran dan kerjaya bagi mencetuskan anjakkan paradigma seiring dengan perkembangan arus perdana negara. Disamping itu, seksyen ini turut memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran kesihatan masyarakat Orang Asli melalui program yang komprehensif dan penyediaan bantuan Kebajikan Am serta Kebajikan Perubatan kepada masyarakat orang Asli.
Hala tuju ini turut dijayakan diusahakan melalui program-program utama yang dilaksanakan oleh bahagian ini iaitu :
- Program Pengajian Tinggi
- Program Pendidikan Formal dan Non-Formal
- Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya
- Program Tok Batin dan MPKK Orang Asli
Pendidikan Non-Formal
Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan melalui Unit Pendidikan Non-Formal telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pengumpulan data, pemantauan dan perlaksanaan program bagi pusat pendidikan non-formal merangkumi Tabika, Taska dan Pusat Penggalak Pembaca.
Pada tahun 2019, Unit ini merekodkan jumlah pusat pendidikan non-formal yang menempatkan kanak-kanak Orang Asli di 279 buah Tabika, 11 buah Taska dan 15 buah Pusat Penggalak Pembaca. Manakala jumlah enrolmen kanak-kanak Orang Asli berumur 3 hingga 6 tahun adalah berjumlah 4,931 orang di Tabika, 140 orang di Taska dan 232 orang di Pusat Penggalak Pembaca. Pembantu Operasi (PO) lantikan JAKOA pula seramai 292 orang dan Ibu Penggalak Pembaca seramai 53 orang.
Jadual : Data Maklumat Tabika, Taska dan 3P untuk tahun 2019
Bil. | Kelas | Bil | Tenaga | Pelajar | Jumlah | ||
Guru | PO | Lelaki | Perempuan | ||||
1. | Tabika | 279 | 285 | 281 | 2,435 | 2,496 | 4,931 |
2. | Taska | 11 | 28 | 11 | 73 | 67 | 140 |
3. | 3P | 15 | 53 | 0 | 117 | 115 | 232 |
Pendidikan Formal (Persekolahan Sekolah Rendah dan Menengah)
Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan melalui Unit Pendidikan Formal telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pengumpulan data, pemantauan dan perlaksanaan program pendidikan yang memberi impak positif dalam pembangunan pendidikan anak-anak Orang Asli di peringkat persekolahan. Antara program yang telah dilaksanakan pada Tahun 2019 adalah seperti berikut.
Enrolmen Murid Orang Aslif di Peringkat Persekolahan bagi tahun 2019
Bil. | Negeri | Sekolah Rendah | Sekolah | ||||
Lelaki | Perempuan | Jumlah | Lelaki | Perempuan | Jumlah | ||
1. | Negeri Sembilan & Melaka | 923 | 930 | 1,853 | 347 | 437 | 784 |
2. | Perak & Kedah | 3,731 | 3,824 | 7,555 | 1,696 | 2,113 | 3,809 |
4. | Selangor & Wilayah Persekutuan | 1,226 | 1,235 | 2,461 | 530 | 580 | 1,110 |
6. | Johor | 935 | 933 | 1,868 | 935 | 933 | 1,868 |
7. | Pahang | 4,937 | 4,751 | 9,688 | 2,159 | 2,747 | 4,906 |
9. | Kelantan & Terengganu | 1,470 | 1,345 | 2,815 | 439 | 624 | 1,063 |
Jumlah | 13,222 | 13,018 | 26,240 | 6,106 | 7,434 | 13,540 |
Unit Pengajian Tinggi
Pada tahun 2019, unit ini telah merekodkan seramai 1,197 pelajar Orang Asli yang sedang menuntut di Universiti Awam (UA) manakala di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seramai 116 pelajar Orang Asli dalam pelbagai bidang seperti dijadual.
Jadual : Bilangan Pelajar Orang Asli Sedang Menuntut dan Tamat di UA dan IPTS bagi tahun 2019
Bil. | Program Pengajian | UA | IPTS | ||
Sedang | Tamat | Sedang | Tamat | ||
1. | Matrikulasi/ Asasi | 30 | 30 | 1 | – |
2. | Sijil | 150 | 75 | 2 | – |
3. | Pra-Diploma | 30 | 30 | – | – |
4. | Diploma | 524 | 233 | 97 | 35 |
5. | Ijazah | 463 | 195 | 16 | 4 |
Jumlah | 1,197 | 563 | 116 | 39 |
Unit Pembangunan Komuniti
Pada tahun 2019, Unit ini merekodkan seramai 604 penjawatan Tok Batin dengan peruntukan sebanyak RM6,523,200.00 sementara dan 268 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA) yang melibatkan perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM6,271,200.00. Pecahan adalah seperti jadual dibawah.
Jadual : Pecahan Data dan Peruntukan Batin/ Penghulu dan MPKKOA Tahun 2019
Bil. | Negeri | Tok Batin | MPKKOA | ||||
Isi | Kosong | Jumlah | Aktif | Tidak Aktif | Jumlah | ||
1. | Johor | 44 | 1 | 45 | 19 | 8 | 27 |
2. | Kelantan & Terengganu | 45 | 5 | 50 | 13 | 5 | 18 |
3. | Negeri Sembilan & Melaka | 52 | 5 | 57 | 21 | 11 | 32 |
4. | Pahang | 202 | 10 | 212 | 83 | 5 | 88 |
5. | Perak & Kedah | 181 | 4 | 185 | 24 | 26 | 50 |
6. | Selangor & Wilayah Persekutuan | 51 | 4 | 55 | 46 | 7 | 53 |
Jumlah | 575 | 29 | 604 | 206 | 62 | 268 |
Unit Latihan
Unit ini telah melaksanakan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya sepanjang tahun 2019. Seramai 660 orang pelatih Orang Asli telah menamatkan kursus dan kini memegang jawatan mengikut bidang masing-masing dan menjana pendapatan di antara RM900.00 hingga RM8,000.00 sebulan. Program Pembangunan Modal Insan bagi memperkuatkan jati diri peserta Orang Asli juga turut diterapkan dalam pelaksanaan PLKK Tahun 2019. Ia bertujuan untuk memastikan pelatih dapat menamatkan kursus dengan jayanya serta mendapat sijil kemahiran untuk digunakan pada masa depan.
Program ini bertujuan menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli mengikuti kursus-kursus latihan jangka pendek, sederhana dan panjang termasuk kemahiran asas MLVK (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2) serta Sijil Iktisas.
Matlamat program ini adalah memberi maklumat 19 kursus PLKK JAKOA tahun ini kepada belia/ beliawanis masyarakat Orang Ali untuk mendapatkan latihan dan peluang kerjaya. Selain itu, memberikan pendedahan kepada masyarakat Orang Asli bagi meningkatkan taraf hidup dengan peluang kerjaya swasta. Melahirkan generasi belia/beliawanis yang berkeyakinan, berketrampilan dan berdaya saing dalam menjalani kehidupan bekerjaya serta berpendapatan tetap.
Unit Kerjaya
Unit Kerjaya diwujudkan adalah untuk menyediakan program pembangunan kerjaya sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan Masyarakat Orang Asli yang berketerampilan, berdaya saing dan menepati kehendak semasa industri. Ianya telah memainkan peranan yang signifikan dalam pasaran tenaga kerja masyarakat Orang Asli. Unit ini bertindak sebagai penghubung dan pemudahcara di antara sektor kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta dengan pemohon-pemohon kerjaya dari kalangan masyarakat Orang Asli selain memasarkan calon-calon bersesuaian berdasarkan kelayakan, pengalaman dan kemahiran yang ada sama ada secara padanan kerja Job-matching atau temuduga terbuka walk-in interview.
Kemaskini Terakhir :