Pembayaran Bonus Hasil Sawit 2021 TSK Lanjut, Layang-Layang

KLUANG, 28 Februari – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor telah meraikan penerima bonus hasil sawit 2021 bagi peserta TSK Lanjut, Layang-Layang, Kluang, Johor sebentar tadi.
 
Dalam majlis ringkas tersebut, seramai 21 orang peserta telah menerima RM1000 seorang secara tunai.
 
Pembayaran bonus ini dapat dilakukan oleh kerana harga komoditi yang memberangsangkan sepanjang 2021 dan pengurusan ladang yang cemerlang.
 
Turut hadir bersama di dalam majlis tersebut ialah Ketua Jabatan Perladangan dan Konsultansi RISDA, Tuan Mohd Yusof bin Bajuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajap, Pengarah JAKOA Johor, Tuan Faisal bin Long dan juga PKOAD Kluang, Encik Mohd Yazid bin Beram.
 
Kemaskini Terakhir : 28 / 03 / 2022 12:00 AM