Pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di KOA Sungai Melut, KOA Kelingsing, KOA Jambu dan KOA Bakok, Sepang

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Sepang telah membuka kaunter fizikal PADU untuk membantu penduduk masyarakat Orang Asli Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Melut, KOA Kelingsing, KOA Jambu dan KOA Bakok bagi mengisi dan mengemaskini portal Pangkalan Data Utama (PADU). Seramai lebih 200 orang penduduk masyarakat Orang Asli melibatkan empat (4) buah KOA tersebut telah mendaftar.
 
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada DOSM Selangor atas kerjasama ini. Semoga usaha bersama ini memberi manfaat dan kejayaan untuk pengemaskinian dan penyampaian sistem PADU dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
 
Jom! semua masyarakat Orang Asli negeri Selangor untuk mendaftar dan mengemaskini PADU.
 
Kenapa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar PADU?
Pengemaskinian PADU dapat mengelakkan anda daripada keciciran untuk sebarang program bantuan atau subsidi bersasar serta pelbagai program yang dirancang oleh kerajaan di masa akan datang.
 
Sumber : JAKOA Daerah Sepang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
DOSM Selangor
Kemaskini Terakhir : 9 / 02 / 2024 07:56 AM