Penduduk KOA Gangai Di Slim River Akhirnya Divaksin

LARUT, 26 Sept – Tok Batin dan penduduk Kampung Orang Asli Gangai di Slim River yang sebelum ini melarikan diri kerana dikatakan takut untuk menerima vaksin Covid-19, akhirnya menerima suntikan tersebut.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, bagaimana pun sebenarnya mereka bukan takut atau menolak vaksin tetapi takut untuk menjalani ujian calitan Covid-19 melalui hidung.
 
Beliau berkata, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim merupakan pihak yang awal mengambil pendekatan memujuk mereka selain sokongan daripada Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) dan kakitangannya serta doktor dari Hospital Orang Asli Gombak.
 
Mohd Akmal berkata, setakat ini seramai 125 orang dari 184 penduduk di kampung itu telah menerima suntikan vaksin.
Kemaskini Terakhir : 27 / 10 / 2021 12:18 AM