Penerbangan Medical Retrieval (MEDIVAC) membawa ibu yang sarat mengandung di KOA Genting Peras

HULU LANGAT, 26 Disember 2021 – Unit Udara Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan Medical Retrieval (MEDIVAC) membawa ibu yang sarat mengandung di KOA Genting Peras.
 
Penerbangan tersebut telah mendarat di Padang SMK Pandan Mewah dan pesakit Miri Binti Rot telah dibawa ke Hospital Ampang dengan menggunakan Ambulan.
 
Percubaan membawa pesakit keluar melalui jalan darat gagal akibat tanah runtuh.
 
Pihak JAKOA merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak BOMBA atas keprihatinan dan kerjasama bagi menjayakan misi ini.
 
Sumber : JAKOA Daerah Hulu Langat
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:42 AM