Pengagihan Wang Ihsan Mangsa Banjir

SEPANG, 30 Disember 2021 – Seramai 90 orang Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli yang terlibat dengan bencana banjir dan berpindah serta berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK (A) Sungai Melut Daerah Sepang telah menerima manfaat Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) sebanyak RM1,000 setiap keluarga.
 
Jumlah KIR KOA Sg Melut yang terlibat adalah seramai 49 Orang, KOA Jambu 15 Orang, KOA Kelingsing 16 Orang dan KOA Bakok 10 Orang. Majlis Penyerahan telah diadakan di Dewan Terbuka KOA Sungai Melut, Dengkil yang telah di hadiri oleh YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
 
Turut hadir En. Khairi Azali Bin Ibrahim, Pegawai Daerah Sepang, En. Alpikri Bin Murid, Guru Besar SK (A) Sungai Melut, En. Mohamad Anis Bin Othman, Pengarah JAKOA Negeri Selangor & W.Persekutuan, En. Rasaki Bin Abdul Majid, PKOAD Sepang dan Batin Mat Ajin, Batin KOA Sungai Melut.
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:13 AM