Penghantaran Bantuan Bakul Makanan Bencana Banjir JAKOA di Kuantan, Pahang

Penghantaran Bantuan Bakul Makanan Bencana Banjir JAKOA di Kampung Orang Asli Gedung Siam dan Kampung Orang Asli Paya Bungor, Kuantan. Seramai 12 Ketua Isi Rumah mengalami bencana banjir sehingga rumah ditenggelami air. Kesemua dipindahkan ke tempat selamat.
 
Pegawai JAKOA bersama pegawai Bomba, APM, PDRM, RELA dan lain-lain akan terus membuat pemantauan keadaan banjir dari masa ke semasa demi kesejahteraan Masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang.
 
JAKOA PAHANG
KE ARAH JABATAN BERINTEGRITI DAN BERINOVASI
 
Kemaskini Terakhir : 7 / 02 / 2021 12:00 AM