Penghantaran Bantuan Bekalan Makanan Bencana Banjir JKM kepada Masyarakat Orang Asli Daerah Bera, Pahang

Penghantaran Bantuan Bekalan Makanan Bencana Banjir JKM diteruskan lagi untuk kali ini diselaraskan dari team JAKOA Bera dengan kerjasama anggota APM, JKM, Bomba ke Masyarakt Orang Asli Daerah Bera seperti KOA Ibam, Bongkak, Lubuk Tambangan, Benal, Bukit Rok. Terima Kasih diucapkan kepada pasukan penyelamat kita.
 
Pihak jabatan juga mengalukan sumbangan dari mana-mana pihak bantuan bencana atau NGO dalam menberi bantuan untuk disalurkan ke mangsa bencana banjir dan bagi meringankan beban pasukan penyelamat kita. Untuk sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Bilik Gerakan Bencana JAKOA Pahang di talian 09 5157129.
 
JAKOA PAHANG
KE ARAH JABATAN BERINTEGRITI DAN BERINOVASI
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
 
Kemaskini Terakhir : 11 / 02 / 2021 12:00 AM