Pengurniaan Darjah Kebesaran Dan Bintang Kehormat PGB Kepada Dua Wira Negara

PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG KEHORMAT PGB KEPADA DUA WIRA NEGARA.
 
Dirgahayu Tuanku.
 
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada dua perwira negara, mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Noriha Tari dari Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM.
 
Kemaskini Terakhir : 26 / 12 / 2020 12:00 AM