Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Penutupan Sementara Pejabat JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT JAKOA NEGERI SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI SANITASI BANGUNAN DARUL EHSAN.

 

Untuk makluman tuan/puan, Bangunan Darul Ehsan, Seksyen 14, Shah Alam Selangor akan ditutup sementara bermula hari ini 9 Disember 2020 (Rabu) sehingga 10 Disember 2020 (Khamis) bagi memberi laluan untuk aktiviti kerja-kerja sanitasi bangunan susulan kes positif Covid 19 di Aras 3 bangunan ini.

 

Justeru  itu, Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan yang terletak di Aras 22, Bangunan Darul Ehsan, Seksyen 14, Shah Alam Selangor akur dan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan bangunan (MBI, Menteri Besar Incorporated).

Pejabat JAKOA Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan akan mula beroperasi semula pada 14 Disember 2020 (Isnin). Sebarang urusan bagi jabatan ini adalah melalui sidang video.

 

Last Updated : 14 / 12 / 2020 12:00 AM