Penyampaian Bantuan Bakul Makanan Kepada Kampung Orang Asli Yang Terlibat Dengan Covid-19

20 Januari 2020 (Rabu) Jabatan kemajuan Orang Asli Negeri Perak & Kedah (JAKOA) telah membuat Penyampaian Bantuan Bakul Makanan Kepada Kampung Orang Asli Yang Terlibat Dengan Covid-19.
 
Kampung Batu 6 Atas & Batu 6 Bawah, Jalan Pahang berada di bawah seliaan Tok Batin Bah Zurainie a/l Bah Yuyin. Jumlah penduduk Kampung yang berada di bawah pentadbiran Tok Batin Bah Zurainie a/ l Bah Yuyin adalah seramai 494 orang yang terdiri daripada 140 orang ketua isi rumah (KIR).
 
Untuk makluman kampung tersebut akan dikuarantin di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) berikutan penularan kes Covid 19 di kalangan penduduk di kampung tersebut.
 
Penyampaian bantuan bakul makanan disampaikan oleh En. Harulnizam bin Abd Rahman, selaku Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah kepada Tok Batin Bah Zurainie a/l Bah Yuyin.
 
Seramai 135 orang KIR telah menerima bantuan bakul makanan tersebut. Pemberian bantuan bakul makanan adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan yang bakal dihadapi oleh penduduk kampung terbabit kerana tidak dibenarkan keluar dari kampung tersebut.
 
Turut hadir bersama semasa penyerahan bantuan bakul makanan iaitu En. Anuar bin Shafie, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Batang Padang & Mualim dan Cik Norlaila binti Johari, Ketua Unit Pembangunan Minda & Kebajikan JAKOA Perak & Kedah serta kakitangan JAKOA Daerah Batang Padang bagi membantu penyerahan bakul makanan tersebut.
 
Lokasi : KOA Batu 6 A & 6 B, Jalan Pahang.
Penerima : 135 Ketua Isi Ruman (KIR)
 
Jumlah Penduduk : –
1. KOA Batu 6 A – 249 orang (70 Kir)
2. KOA Batu 6 B – 2545 orang (70 Kir)
Lima (5) orang KIR di KOA Batu 6 B telah menerima bantuan pada 15 Januari 2021
 
Kemaskini Terakhir : 20 / 02 / 2021 12:00 AM