Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) Mangsa Banjir

KUALA LANGAT, 5 Januari 2022 – Seramai 113 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat bencana banjir telah menerima agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di KOA Sungai Kurau dan KOA Sungai Judah Kuala Langat hari ini.
 
Setiap KIR di dua (2) buah kampung yang terjejas banjir tersebut telah menerima bantuan berjumlah RM2,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan. 
 
Jumlah KIR yang telah menerima manfaat bantuan tersebut seramai 74 keluarga di KOA Sungai Kurau dan 39 Keluarga di KOA Sungai Judah.
 
Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban mangsa bencana banjir.
 
Hadir sama, Pn. Siti Zurianah binti Ismail & Pn. Siti Nur Aisyah binti Mohamad Othman (Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri), PDRM Teluk Panglima Garang, Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat, JAKOA Daerah Kuala Langat & Klang, ICU (Jabatan Perdana Menteri) dan MKN Negeri Selangor.
 
Sumber : JAKOA Daerah Kuala Langat & Klang
 
Kemaskini Terakhir : 23 / 02 / 2022 12:00 PM