Penyerahan Bakul Makanan JAKOA (Covid-19) bagi Kg. OA Neg. Selangor

9 Jun 2021, Sepang – Penyerahan Bakul Makanan JAKOA (Covid-19) bagi Kampung Orang Asli di Negeri Selangor secara simbolik yang telah disampaikan Oleh YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Pengerusi JPPKOA Kg. Orang Asli Sg. Melut En. Johan a/l Mat dan En. Rosmaini bin Saat Pengerusi JPPKOA Kg. Orang Asli Jambu.
 
Dalam lawatan YB. Datuk Seri Rina Mohd Harun ke Daerah Sepang, beliau berkesempatan ke Balairaya Kampung Orang Asli Sg. Melut dan Balai Raya Kampung Orang Asli Jambu. Seramai 90 Ketua Isu Rumah Kampung Orang Asli Sg Melut dan seramai 105 Ketua Isi Rumah Kampung Orang Asli Jambu/Kelinsing dan Bakok bakal menerima bantuan bakul makanan.
 
Bantuan Bakul Makanan JAKOA bagi Daerah Sepang merangkumi 15 buah Kampung Orang Asli Seramai 1168 Ketua Isi Rumah yang bakal menerima bantuan tersebut.
 
Agihan Bakul Makanan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli kepada Masyarakat Orang Asli adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan mereka sepanjang tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumukan oleh pihak kerajaan sebelum ini dimana semua sektor sosial dan ekonomi ditutup, kecuali 17 perkhidmatan perlu yang dibenarkan.
 
Turut hadir bersama Tn. Hj. Mohd Zambri bin Mustajap Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA Malaysia, Pengarah PMIK JAKOA Malaysia En. Azlan bin Mohamed , Penolong Pengarah (Pembangunan) JAKOA Negeri Selangor dan wilayah Persekutuan Pn. Dahlia a/p Permid dan Pegawai JAKOA Daerah Sepang En. Rasaki bin Abdul Majid.
 
Kemaskini Terakhir : 10 / 06 / 2021 08:33 AM