Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah dari JAKOA ke seluruh Kampung Orang Asli Negeri Pahang

PENYERAHAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH.
 
(Gambar-gambar sekitar penyerahan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah dari JAKOA ke seluruh Kampung Orang Asli Negeri Pahang).
 
Terdahulu, pihak jabatan telah mengedarkan sebanyak 2629 unit set pakaian seragam sekolah lengkap kepada pelajar Orang Asli yang terpilih bagi membuat persiapan dalam menyambut hari sesi persekolahan. Agihan telah dilaksanakan oleh pihak JAKOA daerah Negeri Pahang terus kepada penerima.
 
Bantuan tersebut sedikit sebanyak telah membantu para ibu bapa dalam mengurangkan pengeluaran kos bagi persediaan anak ke sekolah dan dalam masa yang sama memberi semangat kepada pelajar untuk hadir ke sekolah. Pendidikan merupakan kriteria penting yang harus dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah generasi muda masyarakat Orang Asli pada hari ini. Kegagalan untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik apabila kanak-kanak Orang Asli meningkat dewasa.
 
Oleh itu, pihak jabatan sentiasa menitik beratkan akan sektor pendidikan Orang Asli dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti kemudahan pengangkutan pelajar dan kemudahan pembelajaran non- formal, formal bagi masa depan dan kemajuan Orang Asli Malaysia. Selain itu, penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak amat penting dengan memberi motivasi galakkan untuk hadir ke sekolah.
 
JAKOA PAHANG
KE ARAH JABATAN BERINTEGRITI DAN BERINOVASI
 
Kemaskini Terakhir : 1 / 04 / 2021 12:00 AM