Penyerahan Set Bantuan Persekolahan Bagi Murid Orang Asli Di Pusat Khidmat Parlimen Lipis

PENYERAHAN SET BANTUAN PERSEKOLAHAN BAGI MURID ORANG ASLI DI PUSAT KHIDMAT PARLIMEN LIPIS.
 
YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri 1 KPLB pagi ini hadir untuk membuat penyerahan bantuan set persekolahan kepada wakil murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kechau 1, Kuala Lipis, Pahang.
 
Sehingga kini, sebanyak 7,494 set bantuan persekolahan telah disampaikan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kepada murid masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,629 set bantuan telah disalurkan di Negeri Pahang pada sesi persekolahan kali ini.
 
KPLB melalui JAKOA telah memperuntukkan sejumlah RM3.8 juta untuk set pakaian seragam sekolah kepada murid Orang Asli untuk tahun 2021-2023. Bantuan ini adalah salah satu inisiatif KPLB untuk mengurangkan peratus keciciran murid Orang Asli dan menggalakkan mereka untuk pergi ke sekolah.
 
Selain daripada bantuan set pakaian seragam, KPLB turut menyediakan bantuan lain seperti penyediaan pengangkutan ke sekolah, bantuan wang saku dan lain-lain bantuan untuk memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan yang sempurna.
 
Harapan KPLB supaya masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam pendidikan dan dapat melahirkan generasi baharu yang bakal menjadi pemimpin dan menyumbang bakti kepada masyarakat mereka dan juga negara.
 
@abdlatiffahmadofficial
@abdulrahmanp079
@henrysumagong
@jailani_yunus
@norisonramli
@cms1513
@jakoamalaysia
Kemaskini Terakhir : 12 / 04 / 2021 12:00 AM