Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Perasmian Program Modal Insan Bagi Memperkasakan Masyarakat Orang Asli Oleh YB Dato Sri Mustapa Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

02 OKTOBER 2020, KUALA WOH, TAPAH – YB Dato Sri Mustapa Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Ekonomi ) hadir ke Kuala Woh, Tapah bagi merasmikan Program Modal Insan Bagi Memperkasakan Masyarakat Orang Asli.
Majlis tersebut merupakan anjuran NCIA & NCER yang sebelum ini giat mempromosi kursus-kursus kemahiran dalam membantu masyarakat Orang Asli.
Turut hadir YB Dato Ahmad Suaidi b Abdul Rahim, Setiausaha Negeri Perak serta pegawai – pegawai kanan kerajaan peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.
Pihak JAKOA Negeri Perak diwakili Encik Harulnizam b Abdul Rahman, Pengarah JAKOA Perak & Kedah serta En Muhammad Subhi Bin Pahrul Razi (JAKOA Daerah Batang Padang & Muallim).
Last Updated : 2 / 11 / 2020 12:00 AM