Perbincangan Operasi Penguatkuasaan, Kawalan Pemantauan dan Tangkapan Harimau Belang di Pos Bihai, Gua Musang

GUA MUSANG – Satu perbincangan berkenaan keadaan semasa Operasi Penguatkuasaan, Kawalan Pemantauan dan Tangkapan Harimau Belang di Pos Bihai, Gua Musang telah dipengerusikan oleh Dato’ Fakhrul Hatta bin Musa.
 
Perbincangan ini bertujuan untuk menentukan hala tuju operasi dan kelangsungan hidup masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut.
 
Selain Perhilitan dan JAKOA, wakil daripada Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan turut bersama-sama dalam mesyuarat tersebut.
 
Kemaskini Terakhir : 24 / 03 / 2022 12:00 AM