Perbincangan program-program pendidikan secara berkala Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dengan kerjasama JAKOA Negeri Perak Dan Kedah

IPG Kampus Ipoh, 6 Februari 2020- Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dengan kerjasama JAKOA Negeri Perak Dan Kedah telah mengadakan perbincangan meja bulat bagi membincangkan program-program pendidikan secara berkala yang dapat memberi impak lebih berkesan terhadap masyarakat Orang Asli.
Rombongan Jakoa Perak Dan Kedah telah diketuai sendiri oleh Pengarah, Tuan Harulnizam b. Abd Rahman, Encik Johari b. Zakaria, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Kinta & Kampar, Cik Nor Laila bt. Johari, Ketua Unit Pembangunan Minda & Kebajikan telah di sambut sendiri rombongan IPG Kampus Ipoh yang diketuai oleh Encik Shaddin b. Sabri, Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Dr. Mohd Nazri b. Zainuddin, Dr. Mohd Hafiz b. Osman dan Pn. Sabariah bt Khairuddin.

Foto: Unit Pembangunan Minda & Kebajikan

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Kemaskini Terakhir : 3 / 04 / 2020 01:37 AM