Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Perhimpunan Batin dan JPKKOA Peringkat Negeri Kelantan dan Terengganu

Kuala Betis, 22 Julai – Perhimpunan Batin dan JPKKOA Peringkat Negeri Kelantan dan Terengganu hari ini dihadiri oleh 49 orang Batin dan 20 orang Pengerusi JPKKOA.
 
Majlis tersebut merupakan siri yang ketujuh perhimpunan ini diadakan. YB Dato Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Speaker Dewan Rakyat menyampaikan penerangan bagi menjelaskan kepada para Batin dan JPKKOA tentang pentingnya pindaan perlembagaan bagi perkara yang menyentuh isu masyarakat Orang Asli untuk penambahbaikan dalam perlembagaan sedia ada.
 
Turut hadir, Ketua Pengarah JAKOA, YBhg Datuk Hjh Sapiah binti Dato’ Mohd Nor dan pemimpin tempatan.
 
Last Updated : 15 / 08 / 2024 03:11 PM