4.4.2021 Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali – En. Azri A/L Satun, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah (PKOAD) Hulu Selangor telah mengadakan perjumpaan bersama dengan Tok Batin, Pengerusi JPKKOA dan beberapa orang penduduk Kampung bagi membincangkan berkenaan dengan isu-isu tanah di Kampung Orang Asli Hulu Tamu.
 
Perbincangan yang diaturkan oleh En. Johan, Pengerusi JPKKOA telah diadakan di Dewan KOA Hulu Tamu dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.
 
Selain itu, PKOAD Hulu Selangor juga telah memberi penerangan dan maklumat berkaitan dengan Program Vaksinasi Covid-19 kepada Masyarakat Orang Asli. Seramai 10 orang telah mendaftar untuk menerima vaksin dan jumlah tersebut dijangka akan meningkat.
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
 

Kemaskini Terakhir :