Perjumpaan Pengarah JAKOA Perak & Kedah bersama Batin-Batin Daerah Kuala Kangsar

06 Disember 2019, Kg Bawong – Satu majlis ringkas perjumpaan Pengarah JAKOA Perak dan Kedah bersama Batin-Batin daerah Kuala Kangsar telah diadakan di Dewan Kg Bawong, Sg Siput. Seramai 40 orang batin telah hadir pada perjumpaan tersebut.

Matlamat perjumpaan ini adalah bagi mendapatkan maklum balas melalui perbincangan dua hala antara batin-batin bersama tuan pengarah di samping berkongsi serba sedikit informasi berkenaan hala tuju serta perancangan Jakoa Perak Dan Kedah pada tahun 2020. Selain itu, pertemuan ini juga turut menyaksikan penyerahan Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada Batin-Batin melalui peruntukan bajet 2018/2019 seperti yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan Negeri sebelum ini.

Setiap batin menerima wang tunai berjumlah RM1000 setiap seorang tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Penyerahan BKK tersebut turut dipanjangkan kepada Batin-Batin daerah Kinta dan Kampar melibatkan seramai 26 orang batin yang telah diadakan di KOA Chadak, Ulu Kinta. Ini bermakna penyerahan BKK tersebut telah melengkapkan senarai penerima Batin-Batin bagi semua daerah di negeri Perak.

Hadir sendiri dalam program tersebut ialah Pengarah Jakoa Negeri Perak Dan Kedah, Encik Harulnizam b. Abd Rahman, Pegawai Pertanian Daerah Kuala Kangsar, Ketua Unit PMK, Cik Nor Laila Johari, PKOAD Kinta dan Kampar, Encik Johari b. Zakaria, Pengurus RPS Ulu Kinta serta Kakitangan-Kakitangan Jakoa Negeri dan juga Daerah.

Kredit Foto : Anuar Z

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

 

Kemaskini Terakhir : 6 / 12 / 2019 08:37 AM