Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di Unit Pesakit Luar, Hospital Orang Asli Gombak bermula Februari 2021

Salam sejahtera dan selamat petang,
 
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Hospital Orang Asli Gombak akan memulakan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di Unit Pesakit Luar bermula bulan Februari 2021. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua masyarakat Orang Asli serta semua kakitangan JAKOA Malaysia.
 
Operasi bagi perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok adalah seperti berikut :-
 
Tarikh :- ISNIN – JUMAAT (Bermula Februari 2021)
Masa :- 8:00 pagi – 12:00 tengah hari
Tempat :- Unit Pesakit Luar, Hospital Orang Asli Gombak
 
Sila hebahkan maklumat ini kepada sahabat dan kenalan anda bagi memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan agar kita dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Salam sejahtera dan selamat petang, Sukacitanya dimaklumkan bahawa Hospital Orang Asli Gombak akan memulakan…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Monday, February 15, 2021
Kemaskini Terakhir : 31 / 12 / 2021 12:13 AM