PERMOHONAN QUICK WIN GERAN BANTUAN PERALATAN USAHAWAN BAGI TAHUN 2023

Objektif

  • Memberikan peluang kepada usahawan untuk mendapatkan bantuan peralatan bagi mengembangkan perniagaan;

  • Menyediakan platform kepada usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan bagi meluaskan pasaran; dan

  • Meningkatkan pendapatan usahawan melalui peningkatan produktiviti pengeluaran serta kualiti produk.

Nilai & Skop

Geran ini akan diberi dalam bentuk peralatan (nilai maksimum RM5,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik.

Skop bantuan Quick Win Geran Bantuan Peralatan Usahawan bagi tahun 2023 adalah bagi pembelian atau baikpulih mesin/ peralatan (tidak termasuk peralatan ICT) dan pembekalan input/ bahan mentah bagi pengoperasian perniagaan.

Jenis Perniagaan Yang Layak Memohon

  • Pembuatan dan pemprosesan makanan dan minuman termasuk perkhidmatan catering, penjaja/ peniaga kecil dan peniaga kopi jalanan

  • Percetakan

  • Automotif seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta

  • Perkhidmatan yang memerlukan daya kemahiran sebagai aktiviti utama seperti perkhidmatan jahitan, gunting rambut, kraftangan, spa dan urutan, dandanan dan lain-lain

  • Pertanian meliputi aktiviti tanaman, ternakan dan perikanan. Penekanan diberikan kepada industri hiliran daripada produk/ aktiviti pertanian/ asas tani; dan

  • Peruncitan

Syarat-Syarat Permohonan

  • Orang Asli yang menjalankan perniagaan di Semenanjung Malaysia (sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas)

  • Berumur 18 tahun ke atas

  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa dan disahkan oleh pegawai JAKOA Daerah/ Negeri

  • Usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan diberi keutamaan

  • Jumlah pendapatan bersih bulanan di bawah RM5,000.00

  • Individu yang telah menerima bantuan geran JAKOA pada tahun 2021 dan 2022 tidak layak untuk memohon bantuan ini kecuali yang terjejas akibat bencana alam.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

21 APRIL 2023

Sila muat turun dokumen yang diperlukan

Kemaskini Terakhir : 6 / 04 / 2023 04:15 PM