Pertemuan Ketua Pengarah JAKOA, YBrs. Prof Dr. Juli Edo bersama penduduk Kg. Langsat, Gua Musang

17.11.2019 – Ketua Pengarah JAKOA, YBrs. Prof Dr. Juli Edo bersama-sama Pengarah JAKOA Negeri Kelantan & Terengganu, En. Hashim bin Alang serta wakil daripada Jabatan Mineral dan Galian Negeri Kelantan mengadakan pertemuan dengan penduduk Kg. Langsat, Gua Musang untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang dihadapi oleh penduduk.

Hasil daripada perbincangan tersebut JAKOA, JMG serta penduduk kampung telah mencapai persetujuan untuk projek pembekalan air bersih yang akan dilaksanakan oleh JMG.

YBrs. Ketua Pengarah turut menyatakan bahawa segala projek pembangunan perkampungan Orang Asli haruslah menitik beratkan kemahuan serta kepercayaan masyarakat Orang Asli agar tidak berlaku perbezaan pendapat pada masa akan datang.

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Kemaskini Terakhir : 17 / 11 / 2019 07:50 AM