Perutusan Ketua Pengarah

Laman Utama » Umum » Perutusan Ketua Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Luarbandar Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Laman web ini merupakan salah satu medium komunikasi di antara JAKOA dan masyarakat umum terutamanya bagi masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan maklumat mengenai jabatan, tugas serta fungsi JAKOA.

JAKOA sejak awal penubuhannya  telah mempelopori transformasi penyampaian perkhidmatan dengan tagline “Tugas Mulia” dan perlu menerapkan pembangunan secara inklusif supaya kehadirannya dirasai dan dapat menambat hati nurani setiap masyarakat Orang Asli. Kelangsungan kecekapan pegawai JAKOA perlu diperkasa dari aspek kreativiti dan inovasi yang amat diperlukan pada masa kini dalam mencapai visi Jabatan selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang efektif, efisyen, berintegriti dan responsif.

Saya menyeru kepada semua warga JAKOA, marilah kita bersama-sama melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran serta minda terbuka agar berupaya memberi sumbangan kepada perkhidmatan dan produk yang berprestasi tinggi dengan bertunjangkan kepada integriti serta kebertanggungjawaban.

Harapan menggunung saya, agar JAKOA akan terus kekal relevan di persada transformasi penyampaian perkhidmatan kepada Masyarakat Orang Asli. Justeru, saya mendoakan agar setiap warga JAKOA mempunyai ciri-ciri kejayaan, dengan miliki nilai keimanan, pemikiran inovatif untuk mencipta, mampu mengubah dan tangkas mencapai keupayaan untuk berfikir ke hadapan secara menyeluruh.

Akhir kata, adalah diharapkan agar pengunjung laman web ini akan mendapat maklumat yang diperlukan mengenai JAKOA serta berkenaan masyarakat Orang Asli.

Sekian, terima kasih.

Datuk Hjh Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli