Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kebelakangan ini kita sering mendapat pelbagai bantuan, sumbangan dan juga khidmat nasihat ekoran bencana banjir yang melanda beberapa perkampungan Orang Asli di Johor.
Namun begitu, ada juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan fakta-fakta palsu yang menunjukkan seolah-olah jabatan-jabatan kerajaan ini tidak berfungsi termasuklah JAKOA.
Di sini admin kongsikan petikan artikel daripada Utusan Malaysia yang menyatakan berlaku satu masalah berkongsi rumah rakit sehingga memuatkan 100 orang individu kerana banjir. Di situ juga ada dinyatakan memerlukan sumbangan orang ramai bagi tujuan menambahkan lagi kuantiti rumah rakit tersebut.
Untuk makluman semua, rumah yg banjir di kampung tersebut hanyalah 5 buah sahaja. Dan rumah rakit itu bertujuan untuk menjaga bot supaya tidak dicuri. Bukanlah untuk berlindung daripada banjir sebagaimana didakwa oleh Utusan Malaysia. Perkara ini telah pun disahkan oleh wakil penduduk Tewowoh sendiri iaitu En. Nuran.
Adalah diingatkan bahawa JAKOA sentiasa mengambil berat akan segala keperluan dan kebajikan masyarakatnya. Oleh itu, jangan mudah percaya dan terpedaya dengan artikel sebegitu tanpa merujuk kepada JAKOA terlebih dahulu.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari segala ancaman dan pihak-pihak yang mengambil kesempatan demi kesejahteraan masyarakat dan kampung kita bersama.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Kplb Johor
Utusan Online