Pewartaan Semula HSKLU, Lindungi Perkampungan Orang Asli

PETALING JAYA, 25 Mac – Kerajaan negeri Selangor berkemungkinan mewartakan semula hampir keseluruhan atau 97 peratus Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
 
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia membabitkan keluasan hampir 40.5 hektar tanah.
 
Katanya, ketika ini proses undang-undang sedang berlangsung dan proses mewartakan semula HSKLU itu akan bermula dalam tempoh terdekat ini.
 
“Mungkin sebelum tibanya sambutan hari raya ia boleh diwartakan balik. 
 
Namun kita kena ingat, HSKLU diwartakan semula bukan bertujuan untuk pembangunan sahaja, sebaliknya untuk melindungi perkampungan Orang Asli.
 
Kemaskini Terakhir : 25 / 04 / 2022 12:00 AM