Program Bantuan Banjir YB Menteri Pembangunan Luar Bandar Di Daerah Temerloh, Pahang

29 Disember, Kuala Krau – Program Bantuan Banjir YB Menteri KPLB telah dilaksanakan di Dewan Orang Ramai Kampung Orang Asli Pian, Kuala Krau, Pahang.
 
Penduduk di kampung yang terkesan musibah banjir antaranya Kampung Penderas, Kampung Paya Pelong, Kampung Kuala Terbol, Kampung Paya Rekoh dan Kampung Pian iaitu kawasan paling teruk terjejas dan langsung tidak menyangka kejadian hujan lebat luar biasa itu akan memberi kesan yang amat besar kepada mereka.
 
Sumbangan Kit Bantuan Makanan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid (Menteri KPLB), YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said (Ahli Parlimen Kuala Krau), Dato’ Ramlan Bin Harun (KSU KPLB), Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor (Ketua Pengarah JAKOA) serta Encik Johari Bin Alwi (Pengarah JAKOA Pahang).
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:17 AM