Program Bantuan Kemanusiaan ke Kampung Orang Asli, Genting Peras, Hulu Langat

HULU LANGAT, 29 Disember 2021 – JAKOA dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah melaksanakan Program Bantuan Kemanusiaan ke Kampung Orang Asli, Genting Peras, Hulu Langat.
 
Seramai 40 orang sukarelawan, 33 orang anggota JBPM, 3 orang anggota APM dan 3 orang anggota MPAJ telah menyertai pendakian dengan membawa bekalan makanan dan barangan asas kepada penduduk Orang Asli Genting Peras yang terputus hubungan ekoran tanah runtuh.
 
Pendakian mengambil masa 2 jam untuk sampai ke KOA Genting Peras.
 
Operasi telah dilancarkan dengan jayanya oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor dan diiringi dengan kata-kata semangat kepada semua peserta.
 
Pihak JAKOA merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerpihatinan dan kerjasama dalam menjayakan misi bantuan ini.
 
Turut hadir bersama YB Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman, EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, YBrs. Tuan Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor, Pegawai Daerah Hulu Langat dan Pn. Norazila Binti Zakaria, PKOAD Hulu Langat.
 
Sumber : JAKOA Daerah Hulu Langat
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:14 AM