Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) dengan kerjasama Badan Kebajikan Orang Asli Islam Malaysia akan menganjurkan Program Berkhatan Kepada Masyarakat Orang Asli. Butiran program adalah seperti berikut:-
Tarikh: 19 Disember 2021 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Unit Pesakit Luar HOAG
Penyertaan peserta adalah percuma dan terhad kepada 20 orang sahaja.
Kudapan pagi & cenderahati program disediakan untuk para peserta.
Para peserta yang datang dari jauh dibenarkan untuk mendiami Bilik Transit di HOAG dengan makan & minum ditanggung sepenuhnya oleh HOAG.
Tuan/Puan yang berminat menyertai program ini, boleh menghubungi En. Muhammad Sazlizam Bin Muhammad Sugi di talian 017-9326394.
Sekian untuk makluman.