Program Bersama Masyarakat Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh di Daerah Kluang

10 April 2021 – Pada hari ini, Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh telah dikunjungi oleh Yang Berbahagia, ACP Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor di dalam Program Bersama Masyarakat di Daerah Kluang.
 
Turut hadir di dalam program ini ialah En. Faisal bin Long, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Johor, dan En. Teoh Yap Kun, wakil rasmi Ahli Parlimen Sembrong, dan En. Yazid bin Beram, Pegawai Kemajuan Orang Asli Dearah Kluang serta En. Jareh bin Uni, Batin Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh, JAKOA Negeri Johor dan penduduk kampung amat berbesar hati di atas kesudian Yang Berbahagia Dato’ ACP Ayob Khan meluangkan masa untuk menyantuni masyarakat Orang Asli Pengkalan Tereh pada hari ini.
 
Semoga dengan program sebegini dapat merapatkan lagi silaturrahim dalam kalangan masyarakat kami dan pihak polis. Terima kasih untuk semua pihak yang sudi hadir pada hari ini. Semoga berjumpa lagi di lain waktu.
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
KPLB Negeri Johor
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
 
Kemaskini Terakhir : 10 / 05 / 2021 09:11 AM