Program Eksplorasi Desa KKDW berlangsung di Temu De’ Tamu di Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali telah berlangsung selama 3 hari dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun, Ketua Setiausaha KKDW bersama pegawai-pegawai kanan KKDW dan JAKOA.
Mempraktikkan sepenuhnya konsep turun padang ke kawasan masyarakat orang asli, program ini bertujuan untuk melihat secara lebih dekat kehidupan masyarakat orang asli yang terdiri daripada Suku Temuan. Seramai 465 orang penduduk mendiami KOA Hulu Tamu ini dengan sumber ekonomi utama penduduk adalah berkebun, bertani, menternak dan bekerja sendiri.
Kampung ini turut dilengkapi dengan yang dilengkapi dengan kemudahan asas selain turut menerima beberapa projek menaik taraf pembangunan dan infrastruktur.
KKDW akan meneruskan program-program turun padang ke kawasan desa termasuk KOA dalam usaha untuk melihat dengan lebih dekat projek-projek yang telah dilaksanakan selain turut menilai keperluan prasarana desa untuk dinaik taraf seiring dengan usaha kerajaan dalam memastikan meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat desa.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)