Program Gotong-royong kampung dan Penerangan berkaitan Vaksinasi Covid-19 kepada penduduk Kg. Orang Asli Serigala, Ulu Bernam, Hulu Selangor

28.03.2021, Hulu Selangor (Ahad) – Program Gotong-royong kampung dan Penerangan berkaitan Vaksinasi Covid-19 kepada penduduk Kg. Orang Asli Serigala, Ulu Bernam, Hulu Selangor.
 
Program yang dianjurkan Komuniti kampung telah dihadiri oleh Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Hulu Selangor iaitu En. Azri A/L Satun.
 
Beliau juga telah menyampaikan taklimat dan memberi penerangan berkenaan dengan kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 di kalangan masyarakat Orang Asli.
 
Pada program tersebut Tok Batin Ahmad A/L Bah Ngah dan juga Pengerusi JPKKOA En. Tahim A/L Nai serta beberapa penduduk kg telah bersetuju dan mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19. Beliau menyeru kepada semua penduduk kampung untuk mendaftar dan menerima vaksin bagi melindungi diri dan juga seluruh komuniti Orang Asli.
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
 
Kemaskini Terakhir : 8 / 05 / 2021 09:47 PM