Program Gotong Royong membersihkan SK (A) Bukit Tadom

KUALA LANGAT, 27 Disember 2021 – Program Gotong Royong membersihkan SK (A) Bukit Tadom yang telah diselaraskan oleh JAKOA Daerah Kuala Langat dan Klang dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) EcoKnights.
 
SK (A) Bukit Tadom pada awalnya dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi Penduduk KOA Bukit Tadom yang terlibat banjir, namun PPS ini terpaksa di tutup akibat ditenggelami air banjir.

Pembersihan dilakukan di seluruh kawasan SK (A) Bukit Tadom yang terkena bencana banjir.
 
Pihak NGO EcoKnights juga telah menyampaikan sumbangan makanan dan barangan asas kepada penduduk KOA Bukit Tadom yang terjejas banjir.
 
JAKOA mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dan keprihatinan kepada pihak yang terlibat dalam program gotong royong ini.
 
Sumber : JAKOA Daerah Kuala Langat dan Klang
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:08 AM